Do You Remember Subculture?  

Posted by KaMëàN



Sudah ditubuhkan sejak tahun 1991 dan dibarisi oleh Azreen (vokal,gitar), Azwan (gitar), Izmir (bass), dan Sani (dram). Mereka merupakan antara band perintis bagi scene underground di Kuala Lumpur. Album kompilasi Circle of Friends (diterbitkan secara independent pada 1992) adalah pengalaman pertama Subculture memasuki studio. Turut terlibat dalam album tersebut ialah Spiral Kinetic Circus, Flop Poppy dan Deflowered. Bagi penggemar muzik underground, Subculture adalah satu nama yang wajib diketahui. Semasa kemeriahan senario muzik underground sekitar pertengahan 90 an dahulu, mereka adalah band yang sering diundang dalam setiap gig. Mereka pernah bermain untuk tiga persembahan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru dalam masa dua hari. Kesemuanya kerana mereka minat terhadap muzik. Seperkara lagi, kenderaan tidak disediakan dalam persembahan itu. Pada tahun 1994 mereka tampil dengan album sulung, 'Love and Hate' di bawah SZS Production dan edaran oleh VSP. Dengan konsep punk rock, muzik Subculture begitu 'catchy' dengan gubahan muzik yang bertenaga. Ia nampak 'simple' dengan intonasi vokal yang 'happy' serta lirik menyentuh kisah masyarakat dan kehidupan sekeliling. Apa yang menarik, tanpa sokongan promosi dan media yang kuat, 'Love and Hate' berjaya mencecah jualan melebihi 20000 unit! Subculture banyak mengambil pengaruh muzik dari band punk Amerika dan Britain seperti The Ramones, The Clash, Stiff Little Fingers dan Sex Pistols. Album kedua, 'Time Knock' muncul pada tahun 1997. Kelahiran album ini menyaksikan Subculture mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara band Inggeris tempatan. Gabungan muzik punk rock, rock & roll dan surf membuatkan Subculture diikuti oleh peminat setianya. Subculture muncul kembali dengan anggota baru pada tahun 2002 iaitu Faoh (gitar), dan Shahrin (dram) yang menggantikan Azwan dan Sani. ALBUM: A Circle Of Friends - Pelbagai Artis (1993) Love N' Hate (1994) Time Knock (1998) Retrofungus (2002) ALBUM KOMPILASI: Friday Jam / Alternative Radio Show - Pelbagai Artis (1995) The Best Of Subculture (2006) VIDEO MUZIK: Turning Around (1998) VIDEO CD: Rock The World IV - Pelbagai Artis (2004) another info will be coming soon

This entry was posted on 19 January 2009 at 10:35 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 Comments

grunge erk?

ps : tak bace sampai abis. tp tgk sex pistol jerk XD

January 20, 2009 at 12:32 AM

Post a Comment