The Official - JB Riots Heroes  

Posted by KaMëàN



Tahun 1997 adalah telah menyaksikan penubuhan dan kemunculan kumpulan ini. The Official (satu slanga jalanan yang bermaksud yang terbaik) yang digunakan oleh remaja-remaja di sekitar Johor Bahru telah dipilih sebagai nama kumpulan ini. Berkonsepkan oi! pada ketika itu, The Official yang ditubuhkan oleh Hasnol telah mengejutkan pendengar-pendengar muzik underground dengan kehadiran E.P pertama mereka berjudul JB Riot Skins pada tahun yang sama dibawah naungan Strange Culture Records(kini Clockwork Records). Dengan jualan yang melebihi 15,000 unit tanpa sebarang promo, The Official sekaligus menjadi sebuah kumpulan yang digilai pendengar-pendengar muzik underground Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga negara-negara Eropah.
Jadual tempahan-tempahan gig ataupun show di dalam dan luar negara yang ketat tidak menghalang The Official untuk keluar dengan album pertama mereka berjudul Remember Yesterday yang telah di keluarkan pada tahun 1998 dibawah naungan label yang sama dan line-up yang sama (Magoo-vocalist, Hasnol-guitarist, Congo-bassist dan Bum-drummer). Dengan berkonsepkan Rock n Roll, sekali lagi The Official berjaya bertahkta di hati peminat-peminat mereka. Dengan sebuah album yang patriotik dimana mereka meluahkan cinta terhadap Malaysia. Sekali lagi tanpa sebarang promo, jualan album ini telah melebihi 13,000 unit dan kali ini The Official bukan sahaja diminati oleh peminat muzik underground malah pendengar muzik mainstream.

Selepas mengeluarkan Remember Yesterday, The Official terus aktif memenuhi undangan-undangan dan tempahan-tempahan gig ataupun show untuk beberapa tahun sehingga Hasnol, Congo dan Bum terpaksa menarik diri di atas pelanggaran jadual kerja. Tempat Hasnol telah diisi oleh Sarah dan bersama Azim (bassist), Rizal (drummer) dan Amir (lead guitarist), E.P kedua, A Tribute To JB Riot yang berkonsepkan Indie telah dikeluarkan di atas desakan peminat-peminat mereka pada tahun 2001 di bawah naungan Clockwork Records.

Pengunduran line-up berlaku sekali lagi dan The Official terpaksa mengundang rakan-rakan sessionist bagi memenuhi jadual undangan dan tempahan gig ataupun show yang semakin ketat. Album kedua (yang masih mengekalkan konsep Oi!, Rock n Roll dan Indie), Youll Never See The Last of Us telah dikeluarkan pada tahun 2003 di bawah naungan Clockwork Records. Magoo, Sarah dan Amir telah menggunakan khidmat Wari selaku pemain drum dan terus menjadi idola peminat-peminat mereka.

Undangan dan tempahan gig ataupun show The Official kini bukan hanya di seluruh semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura sahaja, malah Indonesia, Jepun, England, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil dan Jerman juga tidak henti-henti ingin menjemput The Official ke negara mereka untuk mengadakan tour namun komitmen kerja telah memperlahankan pergerakkan The Official dan akhirnya di atas desakan yang tidak henti-henti dari peminat-peminat mereka, kini (2006) The Official kembali lagi dengan album ketiga mereka Realiti Rock N Roll. Dengan berkonsepkan Rock N Roll dan Indie, The Official yang masih di bawah naungan Clockwork Records merealisasikan impian peminat-peminat mereka yang sekian lama ingin mendengar Magoo menyanyi di dalam Bahasa Melayu. Setelah pengunduran Sarah dan Amir di atas komitmen kerja, Hasnol kini kembali selaku guitarist, Magoo selaku vocalist, Hassan selaku bassist, Enol selaku Drummer dan Fendi selaku 2nd guitarist undangan.

This entry was posted on 30 January 2009 at 12:14 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 Comments

Post a Comment