Frequency Cannon  

Posted by KaMëàN

FREQUENCY CANNON merupakan sebuah rock band yang dianggotai oleh 4 orang pemuzik handalan yang cukup bertenaga di atas pentas! Band ini mula ditubuhkan pada tahun 1996 apabila Kua Chee baru-baru cuba bermain muzik bersama rakan-rakan sekolahnya. Band ini kemudian 'berhenti' sebentar kerana kebanyakan ahlinya mahu menumpukan perhatian terhadap pelajaran di luar negara. Lineup hari ini telah ditubuhkan dalam tahun 2000.



Pada tahun 2005, Frequency Cannon telah mengambil bahagian dalam pertandingan ASTRO's HITZ.TV BLASTOFF dan telah dijulang sebagai JUARA. Mengambil peluang sebagai juara, banyak peluang muncul untuk mereka. Mereka menyusun langkah lebih jauh dan turut mengambil bahagian dalam festival muzik rock: Rock The World. Band yang cukup versatil ini mula merakamkan demo pertama mereka di dalam bilik tidur Kua Chee (vokalis) pada tahun 200 dan merakamkan DIY EP secara serius pada bulan Februari dan Mac 2004.

Frequency Cannon kini dianggotai oleh Kua Chee (vokal), Azril Dino (dram), Azrul (bass) dan Yuri (gitar). Mereka punya banyak pengalaman beraksi di atas pentas dan cukup dikagumi oleh pengikut muzik mereka!

Persembahan terdahulu:

* 2004 Asian X games
* The 2004 Chronix Tour (Penang & KL leg)
* 2004 -2007French Festival (Fete De La Musique),
* Siti Nurhaliza Fantasia Tour @ Bukit Jalil Stadium
* Rock the World 6
* HITZ.FM 8th & 9th Birthday Bash

Frequency Cannon juga telah melahirkan album debut bertajuk 'Frequency Cannon' pada bulan Januari, 2008. Album debut ini menampilkan lagu-lagu seperti seperti "GIRL", "Fame & Glory", "Free Falling" & "50 Tahun".

This entry was posted on 05 February 2009 at 10:56 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 Comments

Anonymous  

Wah bro. thanks ya coz letak kami dlm blog ni... rawk on brooo

dino for Frequency Cannon
www.frequencycannon.com

February 11, 2009 at 4:40 AM

no problem bro...

February 11, 2009 at 10:27 PM

Post a Comment