Kenali Bittersweet  

Posted by KaMëàN

KUMPULAN ni ditubuhkan pada tahun 2004 oleh Herri dan Zabil. Berinspirasikan band-band dari UK band yang baru setahun jagung ni telah merakamkan EP pertama mereka. Salah satu daripada mereka yang telah tertarik dengan potensi yang dimiliki oleh Bittersweet adalah Aidil dari band Couple. Yakin dengan kemampuan diorang Aidil telah menjemput Bittersweet untuk perform di release party EP terbaru Couple pada tahun 2004.

Bukan saja persembahan dan muzik mereka mendapat perhatian ramai hari tu, Bittersweet juga merupakan antara band yang pertama ahli kumpulannya memakai pakaian yang hampir sama, a la satu uniform.
Tahun 2004 juga menyaksikan kelahiran EP kedua diorang, Night Morning Tales. EP tersebut semakin melonjakkan nama Bittersweet menjadi mereka salah satu band baru yang paling top tahun tu.



Bulan June 2006, Bittersweet telah mengeluarkan satu single, A Perfect Match yang telah memertabatkan lagi profil Bittersweet bila lagu tersebut menjadi mereka sebagai band indie pertama dari Ipoh yang mendapat tempat distesen-stesen radio arus perdana seperti Hitz.FM dan Mix FM.

Bulan Disember tahun yang sama, Bittersweet telah mengeluarkan album sulung mereka yang juga berjudul A Perfect Match. Dalam mempromosikan album ini, Bittersweet telah menjelajah tujuh negeri untuk membuat persembahan. Album tersebut turut memberikan Bittersweet satu lagi lagu hit, Kucing Hitam.

* Lawati laman web mereka di: www.myspace.com/bittersweet

This entry was posted on 05 February 2009 at 10:55 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 Comments

Post a Comment