Keputusan mengambil alih Harimau Muda daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM)merupakan satu keputusan yang bijak.Pendedahan yang lebih mampu menjana potensi mereka.Ini menunjukkan Kementerian Belia dan Sukan memandang serius menegenai sukan No.1 negara yang kini dirundum masalah.Kenyataan itu di beritahu sendiri melalui Menteri Belia dan Sukan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di pejabatnya di Putrajaya semalam selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil dari FAM.
''Kita hanya membincangkan aspek pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi kerana ia merupakan punca kelemahan bola sepak kita.
''Kita kurang program liga bola sepak peringkat daerah menyebabkan kita gagal melahirkan pemain yang berkualiti.
''Untuk itu, kementerian ini dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan mempergiatkan pembangunan bola sepak di peringkat bawahan dengan sokongan teknikal FAM.
''Soal pasukan kebangsaan yang ada sekarang, kita serahkan kepada FAM untuk mengendalikannya,'' kata Ismail Sabri.
Mengenai Harimau Muda ini jawapannya.
''Skuad ini akan hantar untuk berlatih, menyertai kejohanan atau perlawanan antarabangsa sebagai pendedahan kepada pemain.
''Kita juga bercadang untuk menempatkan mereka berlatih di luar negara, namun cadangan-cadangan ini perlu mendapat kelulusan daripada Kabinet terlebih dahulu,'' katanya.
Mudah-mudahan dengan cara ini dapat mengembalikan zaman kegemilangan arena bola sepak negara.InsyaAllah..
This entry was posted
on 04 February 2009
at 10:27 PM
. You can follow any responses to this entry through the
comments feed
.