Adakah anda seMANIS mereka dan muziknya?  

Posted by KaMëàN

Mari kita menggenali meraka dengan lebey detail...




Manis ditubuhkan pada 7 Julai 2007
(07/07/07) oleh Mohd Khalid B. Abu Takdir (Lead). Penubuhan Manis adalah atas
dasar persahabatan dan hubungan rapat antara ahli yang terjalin sewaktu di
UiTM. Pada mulanya, Manis ditubuhkan hanyalah sekadar mengisi masa lapang
dengan bermain muzik dan juga untuk menghilangkan rasa tekanan semasa belajar.
Kesemua ahli band Manis tidak pernah mengikuti mana-mana pengajian formal
tentang muzik mahupun mempunyai latar belakang muzik. Manis hanya berbekalkan minat yang mendalam
terhadap muzik dan bakat terpendam yang ingin ditonjolkan. Kesungguhan ini
mendorong Manis mencipta dan menghasilkan lagu-lagu tersendiri yang boleh
dikongsi dan didengari oleh semua lapisan pengemar dan peminat muzik. Manis ingin mencipta satu fenomena baru dalam
industri muzik dan percaya muzik kami boleh menyatukan padukan dan memupuk
semangat persahabatan.....

Muzik yang dibawa oleh Manis adalah sebuah genre baru yang dipanggil ‘universal punk’. Rima asas muzik yang dimainkan
adalah ‘punk’ yang digabungkan dengan muzik universal. Contohnya seperti di
dalam lagu Manis yang mempunyai unsur indie punk, emo punk, pop punk dan punk
rock. Manis percaya dengan kepelbagaian rima punk yang dibawa mampu
memperkenalkan bunyi baru yang boleh mencetus revolusi di arena muzik. ....

Kenapa “Manis”? Pada mulanya, pelbagai nama telah pun dicadangkan sebagai nama
kumpulan dari pelbagai bahasa dan bentuk. Akhirnya keputusan diambil untuk
menamakan band ini sebagai Manis. Perkataan Manis dipilih kerana ia lebih
singkat, mempunyai kepelbagaian maksud, senang diingati dan juga comel. “Manis”
pada pemahaman ahlinya membawa maksud persahabatan, ikatan, kekeluargaan, seni,
muzik kegembiraan, dan paling penting ialah keeratan hubungan antara ahli.....

This entry was posted on 15 August 2009 at 7:20 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 Comments

Post a Comment