Takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari Batuankaca  

Posted by KaMëàN


USTAZ ASRI IBRAHIM (1969 - 2009)


Tanggal 13 Ogos 2009. Hanya sepuluh hari berganjak dari tarikh genapnya 40 tahun Al-marhum melihat dunia. Agak muda? ya.. tetapi apakah mati itu mengenal usia?. Entah esok entah lusa mungkin pula giliran kita. Apakah kita pasti nafas yang dihirup ini bukan yang terakhir?
Gemersik suara yang selama ni kerap menjengah telinga , baik melalui zikir munajatnya mahupun nasyidnya yang pelbagai irama segalanya pernah menjadi halwa telinga. Kini gerangan empunya suara telah pergi buat selama-lamanya. Takdir yang telah ditentukan oleh Yang empunya Dunia.
Aku termanggu agak lama. Antara percaya dengan tidak. Apakah aku bermimpi?? Mungkin juga tugasnya telah cukup sampai disini. Oleh kerana kehadirannya sebagai pinjaman maka kini telah sampai masanya Yang Mencipta mengambilnya semula. Tinggallah alunan zikir serta nasihat dalam lagu sebagai jariah untuk bekal di alam yang berbeza.
Ini bukan mimpi tapi realiti. Ustaz Asri Ibrahim sudah tiada lagi. Beliau telah pergi.. dan Pemergian beliau kali ini bukan pemergian biasa tetapi PERGI TAK KEMBALI.



AL-FATIHAH SEMOGA ROH BELIAU DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN...

This entry was posted on 24 August 2009 at 2:56 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 Comments

Post a Comment