Ivanovic wira The Blues  

Posted by KaMëàN


IVANOVIC (kanan) berjaya melepasi pertahanan Liverpool untuk menanduk masuk gol kedua Chelsea pada aksi di Anfield kelmarin.


LONDON - Penjaga gol Chelsea, Petr Cech merasakan bahawa gol kedua yang dijaringkan Branislav Ivanovic pada babak kedua telah mengubah perlawanan yang akhirnya memihak kepada skuad The Blues pada aksi Liga Juara-Juara kelmarin.

Pada aksi suku akhir pertama di Anfield itu, Chelsea berjaya memperoleh bekalan selesa selepas menang 3-1 ke atas musuh tradisi, Liverpool.

Berkunjung ke gelanggang lawan, Chelsea bermula garang, namun dikejutkan dengan gol awal Fernando Torres pada minit keenam.

Begitupun, Ivanovic bangkit meledak dua gol pada minit ke-39 dan 62 sebelum Didier Drogba melengkapkan malam gemilang The Blues dengan gol ketiga.

"Kami bermain secara sepasukan dan berjaya mencipta peluang dan seterusnya menjaringkan gol," jelas Cech.

"Branislav telah menjaringkan dua gol dan jaringan keduanya amat penting kerana telah mengubah rentak permainan di Anfield."

Menariknya, dua gol pemain pertahanan tersebut hadir menerusi tandukan hasil daripada sepakan sudut.

"Dengan tiga gol dijaringkan di gelanggang lawan, maka saya boleh katakan bahawa kami adalah pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir," tambah Cech.

Chelsea yang sebelum ini mengalami dua kekalahan kepada Liverpool di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari akan melayan kunjungan The Reds di Stamford Bridge, Selasa depan. - Agensi

This entry was posted on 09 April 2009 at 6:50 PM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 Comments

liverpool boleh menang..

April 13, 2009 at 2:36 AM

Post a Comment